Monday, November 28, 2011

PEMBERITAHUAN

Salam,

Adalah di maklumkan saya telah mempunyai Website khas untuk perniagaan Plaster Ceiling Specialist. Mulai pada hari ini, Tuan-tuan dan Puan-puan bole melayari website saya di:



www.plasterceiling.com.my



Semoga dengan adanya website ini kami lebih di kenali serta di beri peluang untuk menyediakan perkhidmatan Plaster Ceiling kepada ANDA dengan Pantas dan Berkualiti. Harap Maklum.

Wednesday, June 8, 2011

Harvest Time!!!!

Rekod harvest terbanyak utk 50 pokok pilot projek 20kg...


Pokok Cili yg telah di trim utk pameran semasa lawatan Menteri Pengajian Tinggi...


Pokok Cili yg di beli oleh Kolej Komuniti Kuala Langat Banting...


2nd harvest utk pilot projek...dr 50 pokok cili...


Rekod terpanjang cili sy adalah 11cm... ni pic yg 10cm...

Ni lah 1st harvest projek cili sy.....Time ni Allah je lah yg tau perasaan sy..

Pokok cili semasa 1st Harvest...rendang buahnya...Kepuasan yg teramat sgt..



Salam,


Rasanya dah lama saya tak sempat nak update blog Transformasi Pertanian sy ni...semenjak Pilot projek Cili sy ni mengeluarkan hasil masa sy amat2 lah terhad sehingga tak sempat nak update blog sbb dalam ms yg sama sy sedang menambah bilangan polibeg...sehingga ke hari ini sy telah mempunyai 500 pokok cili dan sedang menambah 1000 pokok lg... Dalam masa yg sama sy telah mempelbagai kan peluang yg ade ke projek ternakan LEMBU, ternakan Ayam Kampung Ori, Pilot projek Rock Melon....Perkembangan projek2 ini tuan2 bole lihat di sebelah kiri tuan2 n klik link blog yg sy telah advertise kan....


Ape yg menarik projek ini amat berdaya saing dan permintaan begitu tinggi dgn hasil yg berkualiti sehingga ramai org2 cina dtg ke farm utk melihat dgn lebih dekat serta kagum dgn hasil anak Melayu kita...manakan tidak dulu kalau cerita je pasal Cili Besar....semua org akan terpandang atau berfikir yg projek ini hanya org cina shj bole buat, tp tidak di waktu ini..Org Melayu telah dpt menandingi org2 cina dalam tanaman cili besar..tetapi dalam ms yg sama harga cili masih di kawal oleh org2 cina...bole di katakan semua pemborong adalah dr bangsa tersebut....Oleh yg demikian di harap kite dapat menguasai pasaran serta mengawal harga cili di pasaran tempatan...Semoga dgn berkat doa kawan2 kite, perkara ini menjadi kenyataan suatu hari kelak...


Dengan adanya gambar2 di atas rasanya tuan2 semua sudah bole membuat kesimpulan berkenaan projek cili secara fertigasi... tak perlu sy berceloteh pjg sbb gambar2 tersebut telah dpt menggambarkan betapa projek ini berdaya saing...Di kesempatan ini sy ingin memohon maaf sekiranya sy ade membuat salah dan silap dalam mengendalikan blog ini... Terima kasih yg tidak thingga kepada pengunjung2 setia blog sy...Layannnnn.....







Regards,

NOR AZLI BIN MUHAMAD

Wednesday, April 6, 2011

TANAH UNTUK DIJUAL DI BANTING/KUALA LANGAT





SALAM,

Saya ingin maklumkan tanah utk dijual di Banting daerah Kuala Langat....Tanah berukuran 0.8700 Hektar bersamaan 2 Ekar...Tanah Berstatus Simpanan Melayu...Tanaman kelapa sawit berumo 10 tahun ke atas, harga semasa 250k n sy nak jual just 220k...tanah berdekatan highway baru di buat dr banting menuju Puchong......Sila hubungi sy utk keterangan lanjut...Azli 012-3814200 or 013-241000...direct owner...

Sunday, March 13, 2011

SEBULAN 3 MINGGU


Apa kata anda bila hasilnya setelah 1 bulan 3 minggu.....


Layannnnnnnnnnnn.....bangga dgn diri sy sendiri...


Setakat ini cili yg paling panjang utk pilot projek sy adalah 10 inch...hampir 1 kaki panjang ye..


Tumbuh menghijau......


Rasa macam nak buat 10,000 polibeg sekaligus je setelah pilot projek ini berjaya...



Salam kepada pengunjung2 yg sentiasa menunggu new post dr sy...
update terbaru ni pokok cili berumo 1 bulan 3 minggu...so next week umo ye 2 bulan...nak ckp puas hati tu memang lah puas...tp rasanya perkataaan yg terbaik utk pilot projek ni adalah Sangat Berjaya....so rasanya mcm esok jugak saya nak buat terus 10,000 polibeg...semangat semakin membuak-buak utk terus mencipta nama dalam bidang fertigasi ini...Alhamdulilah...semoga projek ini semakin hari semakin berjaya n sentiasa Gemilang dengan iringan doa dr ahli keluarga n kawan2 sekalian...Layannnnnnnnnnnnnnn.....

Tuesday, March 1, 2011

UPDATE 01/03/2011

Hasil terkini di Gemilang Fertigasi.....Puas hatiiiiiiiiii....

Tambahan 276 polibeg utk fasa kedua.....

Hampir siap...next week bole pindah anak pokok....layannnnn....

Salam khas utk pengunjung2 blog sy....n kpd semua yg menyokong sy...
Rasanya gambar-gambar di atas sudah cukup untuk menggambarkan betapa semangatnya sy dalam merealisasikan transformasi pertanian yg sy telah mulakan sejak sebulan 2 minggu yg lalu...Semangat semakin berkobar2 dalam menjayakan projek ini...malah KPI(Key Performance Indicator) yg sy sasarkan dalam masa 3 tahun mencapai 10,000 ribu pokok kemungkinan besar dpt dikurangkan kepada 50 peratus iaitu 1 tahun 6 bulan...InsyaAllah....Semoga tuan-tuan n puan-puan yg mengunjungi blog sy dapat mendoakan sy supaya projek ini berjalan selancar keretapi laju di dunia...Semakin hari semakin banyak perkara yg saya telah n akan pelajari dalam mentransformasikan projek pertanian ini...di kesempatan ini juga sy mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung2 setia blog sy ini...layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn......

Wednesday, February 16, 2011

Terbaru : 15.02.2011

Ni pic terbaru Gemilang Fertigrasi....

Cili pertama Gemilang Fertigrasi...tak sabar nak tunggu..

Menggunakan tiang nako sebagai penyokong pokok cili...

Tali penyokong pokok baru di pasang....

Layannnnnnnnn......

Pandangan dari tapak baru tambahan 200 polibeg lagi...sudah siap di bersihkan...

Kalau di suruh stay kat sini 24 jam pun tak ada hal...KEPUASAN yg tk dpt di gambarkan...

Bunga-bunga cili yg sedang mekar di taman hati...hehehehe



Salam untuk semua usahawan-usahawan fertigrasi n pengusaha2 pertanian khususnya....
Alhamdulilah....apa yang saya rancang selama ini telah menjadi kenyataan....Dengan adanya blog ini saya dpt berkongsi serba sedikit pengalaman utk tatapan usahawan2 baru kelak...Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelawat blog n otai2 fertigrasi yg memberi semangat n nasihat....Semoga semangat n nasihat sifu2 fertigrasi menjadikan saya lebih berjaya n berjaya....
Utk makluman, saya sedang berusaha menambah 200 lagi polibeg...semangat n keinginan saya semakin membuak-buak setelah melihat kejayaan 50 beg terdahulu...walau pun jumlahnya sedikit bg saya tapi Kepuasan tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata.....Jika di izinkanNYA, tambahan 200 polibeg akan siap awal minggu depan.....saya akan update utk tatapan pelawat2 blog saya....Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.......

Thursday, February 10, 2011

Pilot Project Of Fertigrasi

Pilot Projek Gemilang Fertigrasi...

Cili Hidbrid 469...

Layannnn....

Salam 1Malaysia...

Pokok berumo 1 minggu setelah di pindahkan..

Suasan Indah..



Salam Perkenalan dr Gemilang Fertigrasi.....
Kepada pengusaha-pengusaha fertigrasi seluruh Malaysia, sy adalah warga baru dlm bidang fertigrasi...dgn rendah diri sy mohon kpd rakan2 semua sekiranya ade salah dn silap tlg tunjukkan...untuk makluman semua sy baru shj menceburi bidang ini sebagai rentetan n kesinambungan sy dlm bidang AGro...projek ini telah lame di fikirkan cuma tanggal 19.01.2011 baru lah hasrat ini tercapai...ini adalah pakej 50 beg yg sy beli dr salah seorg pengusaha fertigrasi sedia ada setelah sy mengidamkannya sekian lame....sy harap projek ini menjadi titik permulaan utk sy lebih berjaya dalam bidang AGro serta meneruskan kesinambungan yg sy telah cipta selama hampir 4 tahun yg lalu dlm salah satu bidang Agro Industri....sejak 4 tahun yg lalu sy telah menanam tekad utk menceburkan diri dalam 3 bidang utama Agro industri bermua dr penternakan, skrg ni pertanian n sedang di rancang perikanan....semoga hasrat dan cita2 sy tercapai seiring dgn era permodenan dalam bidang AGro industri ini serta Transformasi Pertanian yg cuba sy selami dn terokai...
Untuk makluman, sy memulakan projek ini tanpa menghadiri mana2 kursus fertigrasi di sebabkan kesuntukan masa...dan sy berpendapat pengalaman dan proses pembelajaran itu akan hadir apabila kita belajar secara hands on (praktikal)..sy lebih suka membuat secara kecil-kecilan dahulu n dr situ sy belajar n belajar n belajar dlm setiap bidang yg sy ceburi..setelah sy yakin dgn kemampuan sy InsyaAllah projek ini akan menjadi projek yg berdaya saing n akn di perbesarkan dr semasa ke semasa...Rancangan sy ingin menanam sehingga 5000 or 10,000 pokok dlm masa 3 tahun...ini sebagai sasaran sy dlm memotivasikan diri utk mencapai target yg sy harapkan bermula ye dr pilot projek ini....Iringi sy dgn doa tuan2 dan puan2 semoga projek ini dpt sy realisasikan dengan jayanya...Salam kenalan dr Sy Azli....Layannnnnnnnn.....